Selasa, 10 September 2013

PERIBAHASA MENGIKUT TEMA




TEMA: BUDI BAHASA
  1.  BAGAI KACANG MELUPAKAN KULIT-orang yang lupa akan asalnya atau orang yang menolongnya.
  2. .BAGAI MELEPASKAN ANJING TERSEPIT.menolong orang yang tidak tahu mengenang budi.
  3. BAIK MEMBAWA RESMI PADI DARIPADA MEMBAWA RESMI LALANG.- merendah diri
  4. BERKATA PELIHARALAH LIDAH.hati-hati dengan setiap pertuturan
  5.  HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA.-setiap manusia dikenang kerana baktinya semasa hidup.

TEMA:KASIH SAYANG/ PERHUBUNGAN
  1.             AIR DICENCANG TIDAK AKAN PUTUS.-perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan.
  2. .       ANAK DI PANGKUAN DILEPASKAN, KERA DI RIBA DISUSUI.-melebihkan orang lain daripada keluarga sendiri.
  3.      BAGAI ISI DENGAN KUKU/ BAGAI DAKWAT DENGAN KERTAS/ BAGAI BELIUANG DENGAN ASAHAN.-hubungan yang sangat rapat.
  4.       BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH-jika kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat,tetapi jika kita berpecah belah, kita akan lemah.
  5.       BUKIT SAMA DIDAKI, LURAH SAMA DITURUNI-perhubungan yang sangat akrab dan tidak dapat dipisahkan.

TEMA: PERBUATAN YANG SIA-SIA
  1. ADA SAMPAN HENDAK BERENANG.-sengaja menyusahkan diri sendiri
  2.  HARAPKAN GURH DI LANGIT, AIR DI TEMPAYAN DICURAHKAN.-melepaskan barang yang dimiliki demi mengharapkan sesuatu yang belum pasti miliki.
  3. KALAH JADI ABU MENANG JADI ARANG.-dua pihak yang berkelahi sama-sama menanggung kerugian.
  4. KUTU EMBUN.-orang yang suka merayau-rayau hingga larut malam.
  5. MENCURAHKAN GARAM KE LAUT-melakukan pekerjaan yang sia-sia.


TEMA:SEMANGAT PATRIOTISME/ CINTA AKAN NEGARA
  1. BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA / BAHASA JIWA BANGSA.-bahasa menjadi lambing dan identitI sesuatu bangsa
  2.  DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG.-mematuhi peraturan dan adat di tempat yang diduduki
  3.  HILANG BANGSA, LENYAPLAH BANGSA-jika sesuatu bahasa itu pupus, maka bangsa itu juga akan lenyap
  4.   HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, BAIK JUGA DI NEGERI SENDIRI.-sebaik-baik Negara orang tidak sebaik Negara sendiri.
  5. SEPERTI BURUNG GAGAK PULANG KE BENUA-seseorang yang tidak berubah keadaannya meskipun telah lama merantau.

TEMA:PENYESALAN.
  1.  BUANG YANG KERUH , AMBIL YANG JERNIH-buang yang jahat dan ambil yang baik.
  2. NASI SUDAH MENJADI BUBUR-perbuatan yang sudah terlanjur dan tidak boleh diubah lagi.
  3.  SUDAH TERHANTUK,BARU TENGADAH-setelah mendapat kesusahan barulah hendak berhati-hati.
  4.   TAKUT AKAN BAYANG-BAYANG SENDIRI-rasa takut kerana bersalah.
  5.  SESAT DI HUJUNG JALAN, BALIK KE PANGKAL JALAN.-sekiranya terlanjur dalam melakukan sesuatu kesalahan,eloklah insaf dengan segera.

 TEMA:DAYA USAHA / KESUNGGUHAN
  1.  ALAH BISA TEGAL BIASA-pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah apabila sering dilakukan
  2.  ALANG-ALANG BERDAKWAT BIARLAH HITAM.-jika mengerjakan sesuatu, janganlah sekerat jalan.
  3.  BELUM SURUH SUDAH PERGI, BELUM PANGGIL SUDAH DATANG.-orang yang rajin
  4.  BELAKANG PARANG KALAU DIASAH LAGIKAN TAJAM.-jika berusaha dengan gigih, arang yang bodoh akan berjaya juga
  5.  MALAS BERDAYUNG, PERAHU HANYUT-kejayaan tidak akan dicapai jika seseorang malas berusaha.

TEMA:KEBERANIAN
  1.  BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH-berani kerana berada di pihak yang benar
  2.   BERKATA BENARLAH WALAUPUN PAHIT-berterus teranglah demi kebenaran walaupun mungkun akan menyakiti perasaan orang lain.
  3.  CACING YANG HENDAK MENJADI NAGA-orang yang kecil hendak menyamai menjadi naga.
  4.    MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH.-tidak menghiraukan halangan atau masalah.
  5. PANTANG BERUNDUR SEBELUM BERJUANG.-tidak berputus asa sebelum Berjaya.

TEMA: PEMUAFAKATAN / BEKERJASAMA
  1.   BAGAI AUR DENGANTEBING.-saling membantu dan bekerjasama
  2.   BAGAI ENAU DALAM BELUKAR MELEPASKAN PUCUK MASING-MASING.-mementingkan diri sendiri.
  3.   BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT MANUSIA KERABA MUAFAKAT.-mencapai kata sepakat dengan mesyuarat.
  4. HATI GAJAH SAMA DILAPAH, HATI NYAMUK SAMA DICECAH.-pengagihan yang sama banyak.
  5. IBARAT TELUR SESANGKAK, PECAH SEBIJI PECAH SEMUA.-orang yang bermuafakat akan sehidup semati dan tidak berubah kesetiaannya.

TEMA:BERHATI-HATI/ TELITI/ BERJIMAT CERMAT
  1. BERJALAN PELIHARA KAKI, BERCAKAP PELIHARA LIDAH.-melakukan sesuatu kerja dengan berhati-hati.
  2.   BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT.-melakukan sesuatu kerja hendaklah dengan berhati-hati supaya mendapat hasil yang baik dan sempurna.
  3.  MENARIK RAMBUT DI DALAM TEPUNG.-Teliti semasa menyelesaikan sesuatu masalah.
  4.  SEKALI JALAN TERKENA, DUA KALI JALAN TAHU.-sekali tertipu tentu akan berhati-hati pada masa akan datang.
  5. MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI.-sesuatu perkara yang buruk dapat dielakkan jika melakukan langkah pencegahan dari awal.
  6.  MENGUKUR BAJU DI BADAN SENDIRI.-berbelanja mengikut kemampuan sendiri.

TEMA:KEPENTINGAN ILMU/ PENDIDIKAN
  1. DIAM PENGGALI BERKARAT.-ilmu yang tidak diamalkan akan hilang.
  2.  HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM.-hanya orang yang mahir atau pakar pandai membuat penilaian tentang perkara tertentu.
  3. HENDAK BELAJAR BERENANG DAPATKAN ITIK, HENDAK BELAJAR MEMANJAT DAPATKAN TUPAI.-hendak mempelajari sesuatu carilah orang yang pakar tentang bidang tersebut.
  4. SEPERTI AYAM MEMATUK ANAK.-ibu bapa yang menghukum anak-anak bertujuan membetulkan kelakuan mereka.
  5. SEPERTI KATAK DI BAWAH TEMPURUNG.-orang yang cetek ilmu pengetahuan kerana tidak mengetahui perkembangan semasa.

TEMA:KECANTIKAN
  1. BAGAI BULAN DIPAGARI BINTANG/EMAS BARU DISEPUH.-cantik
  2.   BAGAI CINCIN DENGAN PERMATA.-sama-sama cantik.
  3.  BAGAI PINANG DIBELAH DUA/ BAGAI KUNYIT DENGAN KAPUR.-sepadan,secocok.
  4. RUMAH BURUK DISAPU CAT.-perempuan tua yang suka bersolek                                                                                                                                                                                            TEMA: NASIB MALANG.

1.       ANTAN PATAH LESUNG HILANG/ SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA.-kemalangan yang dialami bertimpa-timpa.
2.       BAGAI KERAKAP TUMBUH DI BATU, HIDUP SEGAN MATI TAK MAU.-keadaan hidup seseorang yang sangat miskin dan melarat.
3.       TANAM PADI TUMBUHNYA LALANG.-orang yang bernasib malang kerana segala usahanya tidak berhasil sebagaimana diharapkan.
4.       TIADA BEBAN BATU DIGALAS.-tiada masalah tetapi sengaja mencari masalah.
5.       UNTUNG SEPANJANG JALAN, MALANG SEKELIP MATA.-kemalangan datang secara tiba-tiba.

\